Monday, December 30, 2013

bila hati sudah sayang segala nya umpama pelangi indah di paris. pertama kali ku melihat nya, berdegup kencang hati ku. aduh hensemnya lelaki itu. puas ku memerhatikan. tiada senyuman di mulut nya. biasa saja muka itu. ku lihat dia begitu kosong. begitu indah ciptaan Tuhan itu. sehingga aku bertanya kepada Tuhan di mana Tuhan menyimpan lelaki sehensem dia. berdetik hati ku siapa kah dia. aku tersempak dia di rumah Tuhan. puas ku berfikir bagaimana ku ingin menegur nya. lantas adik ku menegurku, dia itu sepupu kita. adik nya serupa nama dengan namaku. aduh Tuhan. kenapa ditakdirkan begini. tidak adil. aku menoleh ke tepi. aku abaikan perasaan aku.. aku abaikan segala nya...

dua bulan kemudian ku terjumpa dia di laman muka buku. terdetik semula hati ku.. puas ku berfikir.. puas ku termenung lantas ku mengambil keputusan untuk berkawan dengan dia.. aku dengan hati yang gagah memulakan bicara. tidak mendapat respon. aku diam. biarkan. mungkin dia sibuk dengan kerja nya. aku abaikan lagi perasaan itu tapi jauh di sudut hati ku mengharapkan respon dia.. sejenak ku  termenung. ku dengar isyarat muka buku ku ada respon. dia membalas respon ku. 

hubungan kawan kami hari2 di iringi ketawa riang.. hari2 ingin berjumpa. separuh dari jiwa ku hanya dia. segala masalah dan luahan di kongsi bersama. tiada cacat cela nya kami. hari demi hari semakin berubah. tak ku sangka tak ku duga. benar kata pujangga cinta, pasir pantai mana tak berubah.. wujud insan ketiga. tidak ku rebut dia itu kerana ku tahu aku tidak mampu. biarla dia yang menjaga hati ku itu.. aku lepaskan dia walaupun hati ku sungguh sakit. 3 hari ku menangis. aku abaikan perasan ku itu.. :( 


2013 meninggalkan banyak memori yang indah yang duka. biasalah dalam kehidupan ada suka duka. hidup menjadi tidak menarik jika hidup ini sentiasa indah. lupakan hari2 yang menyedihkan dalam hidup. ingatkan yang indah. jadikan yang duka itu satu pengajaran satu kenangan yang menjadikan kita lebih kuat dalam hidup.. 

2013 membawa banyak kesan dalam keluarga kami. ada duka ada suka. segala rezeki dari Tuhan di dahulukan dengan terima kasih. Segalanya cukup mengikut kehendak Nya. Datang dan pergi dalam keluarga itu semua takdir Tuhan. kita menerima dengan seadaanya. doa dan semangat di sertakan kepada ahli keluarga yang sakit dan sudah tiada.. Cuti gawai bulan June menemukan semua keluarga. meriah yang teramat. sungguh bermakna dalam hidup kami kerana itu membawa kami sekeluarga lebih rapat. yang tua dan yang muda bersuka ria dengan riang nya.. Terima kasih Tuhan kerana kami semua sihat segala... 













helllooooooooooooo... macam ku rindu jak ngau blog ku. setahun dah ku nda update.. mcm ka nyadi blogger baru... nyu ka abis tahun 2013 tok. baru ku update baru... :) maioh tai ka d update ku pok.. hahhahahaa... mcm syukk jakk

...