Hari yang paling menyedihkan aku dalam hidup aku. Hanya Tuhan tahu perasaan itu. Menerima berita kematiannya hampir membunuhku. Namun aku perlu hidup demi orang lain. Pergi ke kelas seperti biasa. Tiada sedetik pun rasa tidak sedap hati. Langsung aku tidak memikirkan apa-apa yang menyedihkan. Ketika time-break kelas aku masuk ke lab computer. Aku rasa tidak sedap hati kerana kedengaran nama nya disebut di kalangan staff. Tapi aku buat biasa sahaja. Setelah 20 minit online aku kembali ke kelas. Aku tengok ke hp aku. Aku menerima msg. Banyak sekali msg. Aku buka msg pertama. Aku terdiam. Msg kedua. Aku terdiam. Msg ketiga. Tangan ku mula bergegar. Msg keempat. JAntung ku hamper terhenti. Msg kelima. Airmata ku jatuh..Tidak sanggup ku baca msg seterusnya. Terus aku reply ke salah seorang kawan sepejabatnya untuk mengesahkan berita itu.Hampir terhempas jatuh hp ku bila aku mendengar berita itu berlaku betul-betul.Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa2 nya. Itu saja yang dapat aku fikirkan pada ketika itu. Pukul 5.30 petang kami bergerak dari UNIMAS pergi ke kampung di mana dia di bawa setelah di post-mortem. Perjalanan hampir 30 minit itu di rasakan penuh kesakitan. Puas aku menahan diri dari menangis di dalam kereta supaya bila sampai di kampung nanti aku akan menjadi orang paling tenang. Tiba di kampung itu seolah-olah mimpi yang tidak ku sangkakan. Melihat rumah di mana semua keluarga yang nya cintai tinggal selama ini. 3 tahun aku menunggu saat untuk bertemu keluarga nya. Tapi bukan bertemu di hari kepergiannya. Oh Tuhan..kenapa semua benda yang menyakitkan berlaku? Kami sekawan berjalan ke rumah itu. Seluruh mata melihat ke arah kami. Aku berasa amat jijik terhadap diriku. Tapi aku tahan hati aku. Kami pergi ke arah staff yang berkerja dengannya. Mereka menerangkan segala apa yang berlaku. Aku masih menahan air mata ku. Sedangkan dalam hati aku paling sedih. Paling terluka. Mendengar mereka di situ mengatakan yang tidak lama lagi mereka akan sampai di kampung. Jantung ku berdegup kencang. Lututku lemah. Ku tabahkan hati. Dari jauh dapat ku lihat ambulance UNIMAS datang. Oh Tuhanku, tabahkan hati ku. Airmata ku terus menitis apabila melihat sekujur badannya di keluarkan dari ambulance itu. Tidak mampu ku tahan lagi airmata itu. Salah seorang staff itu membawa kami masuk ke dalam rumah. Staff itu tahu apa yang berlaku kepada kami berdua. Lama aku berdiri di sudut tepi rumah itu dengan air mata mencurah-curah. Aku diam melihat semua ahli keluarga masuk ke sebalik kain tabir itu untuk melihatnya. Jauh dalam sudut hati aku, siapalah aku..tiada orang tahu siapa aku..Staff perempuan itu memanggil ku untuk menjenguk ke situ. Ku gagahkan hati walaupun berat kaki ku melangkah. Oh Tuhanku. HAti kecilku meraung-raung melihat tubuhnya di balut kain kapan. Aku hanya mampu menangis. Ingin saja ku sentuh dia untuk kali terakhir. Mencium tangannya buat terakhir kalinya..namun siapa aku? Biarlah semua itu menjadi rahsia kami berdua. Tidak sanggup ku melihat dadanya di jahit. Tidak sanggup ku melihat tangannya langsung tidak bergerak. Tidak sanggup ku melihat matanya tertutup. Aku tidak sanggup. Mencurah2 air mata ku. Ingin saja aku meraung tapi itu tidak sepatutnya. Melihat anaknya melutut menangis di sebelah aku amat menyentuh hati aku sebagai seorang anak. Memang aku tidak dapat tahan air mata ku. Tersedu sedan aku menangis. Memang tidak dapat di tahan2 lagi. Benda yang paling aku sedih sekali ialah aku tidak sempat minta maaf dengannya. Terlalu banyak dosaku terhadapnya. Terlalu banyak benda yang aku sembunyikan darinya. Aku hanya mampu berada di situ seketika sahaja. Tidak sanggup. Terus ku memeluk Cello di sudut tepi rumah kesayangan dia. Oh Tuhan. Kenapa la aku di duga begitu sekali..Semua kesayangan aku dirampas begitu sekali. Tiba-tiba ada seorang mak cik menegur kami berempat. Mak cik bertanya adakah kami sama tempat kerja. Aku hanya mengangguk. Aku bertanya pada mak cik itu untuk berjumpa dengan isterinya. Ingin sekali aku kenal wanita itu. Wanita yang aku akan sangat hormati seumur hidup aku. Sayu sungguh aku melihat wajah itu. Dialah wanita yang harus masuk ke syurga suatu hari nanti. Ampunkan segala dosa wanita itu bisik hatiku. Itu doa aku untuk wanita itu. Datang seorang perempuan muda menegurku setelah dia melihatku menanges begitu sayu sekali. Dia menanyakan bagaimana aku kenal ayah nya itu. Aku terkedu dengan soalan itu. Lalu aku menjawab dia pernah mengajar ku di UNIMAS..itu saja yang aku mampu katakan. Tidak mungkin aku memberitahu rahsia itu. Itu akan menyakitkan lagi perasaan keluarga itu. Biarla itu jadi rahsia seumur hidup aku. Tidak mampu lebih lama aku melihat kesedihan keluarga itu. Aku lantas mengelap air mata ku dan membawa kawan2 ku beredar dari situ. Itu semua untuk menutup kesedihan aku. Aku berjalan ke kereta. Kawan – kawanku menyusul di belakang. Setiap langkahku di iringi airmata abadi. Aku tutup mulut ku agar raungan tangisan aku tidak didengari. Makin cepat langkahku makin deras tangisan ku. Aku melangkahkan kaki ku ke dalam kereta. Terus aku meraung2 dalam kereta. Rasa dosa menyelimuti seluruh jiwa ku. Sejak bulan 6, 2009 aku tidak menghubunginya. Aku melarikan diri darinya untuk mengelakkan dosa yang lebih banyak. Aku tahu semua itu salah. Aku ingin berubah kerana aku sudah jemu untuk merampas kebahagian dari wanita lain. Sejak dari itu aku tidak berhubung dengannya. Aku mengelakkan diri. Tapi aku tidak sempat meminta maaf darinya. Itu dosa terbesar aku. Moga Tuhan memberkatinya dan mengampun segala dosanya. Itu saja yang mampu aku katakan.. dan Tuhan, ampunkan segala dosa yang telah aku lakukan…amen..
Wednesday, January 27, 2010
tinggal kenangan...26.01.2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment