Monday, January 24, 2011

saya tahu itu menyakitkan tapi saya tetap mahu juga...

jika selama ini saya berdiam diri, tapi kali ini saya pasti melawan. saya harap tiada yang buruk akan berlaku dan segalanya berlaku mengikut kehendak Yang Maha Esa.. saya tidak tahu saya bersalah atau tidak tapi saya tahu saya melakukan yang terbaik. dia telah memilih saya dan saya juga memilih dia. tidak berlaku kesalahan di situ. saya tidak berminat dengan masa lalu dia. siapa kekasih dia, bagaimana kehidupan dia, siapa kawan dia, saya langsung tidak berminat. sebab yang saya tahu dia adalah MASA SEKARANG saya. saya hanya peduli siapa dia sekarang. saya minta maaf jika ada yg terluka dengan tindakan saya atau terguris hati dengan saya. saya tahu saya bertuah dengan adanya dia. dia sentiasa dengan saya di kala saya memerlukan dia. dia membantu saya di kala saya betul2 jatuh.. dia tidak pernah mengeluh ketika melayan saya walaupun kdg2 saya agak keterlaluan.. dia la cahaya di kala saya dalam kegelapan.. dia la tongkat saya di kala kaki saya sakit.. dia la mata saya di kala saya tidak melihat.. dia la nafas saya di kala saya sukar bernafas.. yang saya tahu dia adalah segala - galanya..

No comments:

Post a Comment