saya dalam kelukaan beberapa hari ini.. tapi saya harus tabah. bukan tabah untuk terima kenyataan. tapi saya harus tabah untuk meneruskan hidup. kini saya menyimpan satu tekad. bukan satu tapi banyak sebenarnya. cuma satu yang saya ingin lakukan dan harus saya ingat, saya rindu Tuhan. tiada yang lebih menenangkan hati saya. terima kasih Tuhan.
Daddy dan Mummy, tiada yang seindah kamu. tiada yang secantik kamu. Hanya dengan adanya kamu hidup saya sempurna. saya tidak mahu melukakan kamu. saya perlu bangun dan membalas jasa kamu. tiada kata yang dapat di ungkap untuk menilai kamu. kamu bedua adalah segala-galanya. Daddy, thanks sbb sanggup datang jumpa anak mu yang sgt merindui kamu dan mummy. hanya dengan melihat ke arah wajah kamu berdua, segala ketenangan milik saya...Mummy, saya tahu kamu jauh tapi kasih sayang kamu tidak pernah berkurang. Semoga Tuhan memberkati kamu dan daddy.. Mwaahh~
Auntie Lina dan Uncle Wallace, saya sangat sayangi mereka. dia ada 3 ( Chriselda - 13, Chervonne - 10, dan Carlson - 7 ) org anak yg sangat comel dan sgt menyayngi saya..Saat saya terluka dan sakit, 3 orang anak itu ada dengan saya. dalam saya menanges dan kelukaan, Carlson memeluk saya dan mengelap air mata saya, " dun worry kak yong, me n Jesus will owes wif u".. Chervone berkata " my lovely kak yong, please dun cry because we love u so muchhh" dan Chriselda " dun die kak yong, i love u so much..." Oh Tuhanku, terima kasih kerana memberikan saya org yang menyayangi saya tanpa ada rasa tidak ikhlas. Saya tabah kerana saya ada mereka... dan my lovely Marie MADU, u never look down on me. terima kasih kerana syg saya.
Kawan - kawan ku yang sentiasa dengan ku, saya sangat menyayangi kamu semua. Kamu semua sentiasa ada bila saya memerlukan. Tidak perlu saya meluahkan apa yg tersirat di hati, kamu semua sudah sedia mengetahui. Beban kesedihan dan kesakitan saya dapat di kurangkan dengan adanya kamu membantu saya. Cello, kawan sehidup semati yang abadi. Dia tidak penah melukakan saya. sekali pun. Momo, kawan terindah saya. dia tidak penah menyakiti saya. Vi,dia pendengar setia. Hiffi, dia penyeri hari. Adam, dia gelak ketawa saya. Joy, dia adik terbaik saya.Ida,dia pengubat hati saya. Syairul,kwn yg ilang 2 tahun lalu wujud di saat saya perlukan semangat. Azlan, argghh..dia peneman tercomel. hehe.. kawan yg terlalu byk nama, saya sgt menyayangi anda semua.
KEPADA sesiapa yang berkenaan, saya sgt sedih sehingga saya lupa diri seketika. saya terumbang ambing. saya hilang arah. saya hilang pertimbangan diri. tapi Tuhan membisikkan sesuatu dengan saya, "Anakku, bangkit dan teruskan hidup kerana kamu layak untuk mendapat hidup yang lebih baik".. saya mengosok mata dan tersenyum. Tuhan telah mendengar doa saya. Saya selalu lupa untuk berdoa mengenai diri saya kerana saya sentiasa berdoa utk org lain kerana saya berfikiran jika saya membahagiakan org lain dengan air mata saya, saya akan bahagia juga. itu mulia namanya. tapi kali ini, saya hanya bedoa utk org yg berdoa utk saya. Terima kasih kepada mereka yg melukakan saya kerana anda menjadikan saya lebih kuat dan tabah. saya tidak berdendam tapi saya tidak memaafkan... saya tidak akan menyakitkan kamu kerana saya percaya Tuhan adil. lagipun saya tidak mahu hidup saya di penuhi drama yg menyakitkan sebab saya percaya jika saya hidup 80 tahun lagi, saya perlukan org yg boleh jaga saya. bukan org yang menipu saya. dan saya tidak sanggup hidup di dalam ketakutan kerana tiada kepercayaan kepada dia..itu yang penting..
KEPADA dia yg pernah saya cinta. saat saya menaip semua ini saya masih mencintai kamu. tapi kamu kini milik orang. saya sedih dan kecewa kerana cinta yang saya anggap ikhlas itu tidak benar. saya tahu kamu juga mencintai saya kerana kamu tidak akan bersama saya jika kamu tidak cinta saya. saya berusaha dengan sekuat hati saya utk menerima semua ini kerana saya tidak bersedia kehilangan kamu. saya akan ingat semua kenangan kita bersama lebih2 lagi saat harijadi saya. itu hadiah terbaik yg Tuhan pernah beri. saat kita d hospital. saat kamu meniupkan nasi panas utk saya. kamu pernah menjadi penganti kepada kaki saya yg sakit. kamu penah menjadi driver comel saya. dan kamu penah menjadi selimut yg sentiasa menjaga saya di kala saya kesakitan.. tapi semuanya dulu. kini saya tidak mahu mengingatkan semuanya. segalanya telah saya serahkan kembali kepada kamu saat kamu menadahkan tangan kamu pada hari itu.. kini, saya ingin meneruskan hidup saya kerana saya pasti ada yg lebih baik dari kamu untuk saya. seorang yg Tuhan beri utk menjaga saya, keluarga saya dan anak-anak saya pada masa akan datang. kerana saya layak untuk BAHAGIA...
No comments:
Post a Comment