Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian
berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling
hebat yang pernah dialami.
 
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian
berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling
hebat yang pernah dialami.
… kita terlalu kerap melihat kalendar harian sebagai hanya satu lambang perjalanan masa.   
Kita lupa bahawa ada sebab bagi segala kesakitan dan segala perjuangan. 
 Kita lupa yang kita diletakkan di dunia ini untuk mempelajari sesuatu.   
Jika semuanya dalam hidup ini sempurna, kita tidak akan belajar sesuatu yang baru. 
 Kita tidak akan terdaya untuk membangkitkan semangat kita melalui peristiwa hidup kita.
 Apabila   Syurga hendak menganugerahkan tanggungjawab yang berat ke atas seorang   insan, pertama sekali, ia akan menguji kekuatan mindanya dengan   mengenakan penderitaan, membebankan otot dan tulangnya dengan   tugas-tugas yang menjerihkan, membiarkannya kelaparan, menghalangnya   daripada memiliki sebarang harta benda, dan menghancurkan segala yang   dibinanya.  Dengan cara ini, Syurga merangsang mindanya, mengawal  kemarahannya dan memperbaiki kelemahannya.
|  | 
| minum cola jer... | 
  Kadangkala  luka itu merupakan tempat di mana kita berhadapan dengan  kehidupan buat  pertama kali, di mana kita mula mengenali kuasanya dan  selok-beloknya.   
Apabila   terluka, kita mungkin menemui kebijaksanaan yang akan membolehkan kita   hidup dengan lebih baik berbanding mana-mana pengetahuan dan mengimbas   gambaran diri dan kehidupan yang nyata mahupun yang tidak terduga. 

 
No comments:
Post a Comment