SETIAP WANITA HARUS MEMPUNYAI:
Seorang pasangan lama untuk membolehkan anda membayangkan keadaan seandainya kembali padanya dan seorang lagi yang mengingatkan anda betapa jauhnya anda telah melangkah.
Wang secukupnya dalam kawalan anda untuk berpindah dan menyewa tempat sendiri, walaupun anda tidak mahu atau perlu berbuat begitu.
Pakaian sesuai dan sempurna yang boleh dipakai sekiranya majikan atau jejaka idaman anda ingin menemui anda dalam masa sejam.
Sebuah dompet, beg pakaian dan sekaki payung yang boleh anda bawa tanpa rasa segan.
Masa muda yang sedia anda tinggalkan untuk meneruskan kehidupan anda.
Masa silam yang cukup menarik sehingga anda tidak sabar-sabar untuk menceritakannya kembali ketika sudah tua nanti.
Kesedaran bahawa anda memang akan meningkat tua dan sejumlah wang simpanan untuk hari tua.
Satu set pemutar skru, sebuah gerudi tanpa kord dan sehelai baju dalam berenda hitam.
Seorang kawan yang selalu membuatkan anda ketawa dan seorang lagi yang membenarkan anda menangis.
Sebuah perabot yang bagus dan tidak dimiliki oleh mana-mana ahli keluarga anda sebelum ini.
Lapan biji pinggan yang sepadan, dan satu resipi untuk hidangan yang akan membuatkan para tetamu anda terasa istimewa.
Satu ringkasan diri yang langsung tidak ditokok tambah.
Keyakinan bahawa anda mengawal takdir diri sendiri.
Satu aturan penjagaan kulit, satu rutin senaman dan satu rancangan untuk menangani beberapa perkara lain yang tidak akan bertambah baik setelah melewati usia 30 tahun.
Permulaan yang kukuh dalam kerjaya yang memuaskan, perhubungan yang memuaskan, dan semua perkara lain yang akan bertambah baik.
SETIAP WANITA HARUS MENGETAHUI:
Cara untuk jatuh cinta tanpa kehilangan pertimbangan diri.
Perasaan anda tentang kehidupan beranak.
Cara meletakkan jawatan, memutuskan hubungan dengan pasangan dan bersemuka dengan seorang rakan tanpa merosakkan persahabatan.
Waktu untuk berusaha dengan lebih gigih dan waktu untuk berundur.
Cara bercium yang menyampaikan dengan sempurna apa yang anda ingin dan tidak ingin berlaku seterusnya.
Cara bersuka-ria di sebuah majlis jamuan yang tidak mungkin anda pilih untuk menghadiri.
Cara meminta sesuatu yang anda ingini supaya anda berkemungkinan besar akan mendapatnya.
Bahawa anda tidak dapat mengubah panjang betis anda, lebar punggung anda, atau sikap semula jadi ibu bapa anda.
Bahawa zaman kanak-kanak anda mungkin tidak sempurna, tetapi ia telah berlalu.
Apa yang akan dan tidak akan anda lakukan demi cinta atau lebih.
Cara untuk hidup bersendirian, walaupun anda tidak menyukainya.
Orang yang boleh dipercayai, yang tidak boleh dipercayai, dan mengapa anda tidak harus tersinggung.
Tempat hendak dituju – sama ada dapur sahabat karib anda atau rumah penginapan menarik yang tersorok di dalam hutan – sewaktu anda memerlukan ketenangan jiwa.
Apa yang dapat dan tidak dapat anda laksanakan dalam sehari, sebulan, dan setahun.
Mengapa mereka berkata kehidupan bermula pada usia 30 tahun.
No comments:
Post a Comment