Thursday, October 29, 2009

Kampung Putin, Sadong Jaya




Kenangan di Kampung Putin, Sadong Jaya memberi seribu erti..
Duduk bersama keluarga angkat dengan adik beradik yang banyak..
Beshhh aiehh..Semangat yang hilang kembali tumbuh..
Jiran sebelah keluarga Andy Tawan, Sebelah gik Momoe
Belakang Rumah ada Rumah Manok = Ayam..
Belakang Rmh Ayam, Rumah Cello.
Kampung itu indah dengan budi bahasa. Semua ahli kelurga sangat baik.
Adik saya namanya Teteh, suka menjeling ke rumah sebelah Sebab Adik Andy ya Ex-bf nya..
Sempat juga memutik cinta yang lama..Ada 2 org lagi adik angkat dari SMK SIMUNJAN..
Sangat alim dan bebudi..Seorang laki dan seorang perempuan..
Suasana di Hari Raya sangat di rasai..
terutamanya bila berziarah dari rumah ke rumah..
Makan Sup Tom Yam rumah Penghulu..keluarga Mag..Paling Sedappppp...
Ucapan terima kasih kepada CikMak Som ngan CikPak Hassan sebab menjaga kami dgn baik..
Ucapan terima kasih kepada Jabatan Belia Dan Sukan Cawangan Samarahan kerana memberi peluang kepada kami 12 org pelajar UNIMAS menyemai bakti di kampung Putin..
Program 3 hari 2 malam amat dipenuhkan dengan aktiviti..mengecat jambatan..sukaneka..membersihkan surau..membuat gerbang..banyak amat aktiviti..yang paling menarik perhatian kami ialah malam ramah tamah aidilfitri..
memang dirasai suasana kampung.
penduduk kampung memakai bj kurung bj kebaya bju melayu.memang beshhh..
5 kumpulan membuat persembahan mengikut kreativiti masing2..cantik arr...
majlis penutupan berjalan dengan lancar..
walaupun berat hati untuk meninggalkan keluarga angkat, kami harus pulang ke Universiti untuk meneruskan perjuangan yang masih belum habis..
walaupun letih tapi kami puas hati..terima kasih Kampung Putin yang mengajar erti keluarga..



No comments:

Post a Comment